You are currently not logged into ManagerLeague
If you wish to log in, click here.
If you wish to sign up and join us, click here.
Pembinaan Semula Melampau (versi Ranau) pt 2 (18/01/2010 07:25)

Dalam artikel lepas, kita telah pun menentukan keperluan dan menilai baik dan buruk kesan daripada rebuilding ini. Jika anda mampu menahan cobaan, maka teruskanlah membaca artikel ini. Sekiranya anda tidak berminat, boleh juga membaca sekadar mengisi masa lapang anda =)

 

Purata Umur

Setelah membeli pemain, seterusnya kita perlulah melatih mereka. Melatih pemain amatlah mudah. Formasi anda mengikut kesukaan ataupun rancangan anda. Contohnya anda gemar bermain 4-5-1 dan telah membeli 4 pdef, 5 mid dan 1 atk. Dengan itu, anda perlu memilih kelapanan utama anda (bukan kesebelasan utama ya). Baki yang 3 itu adalah sebagai pemain sub pada minit ke-45 atau pemain ganti jika anda tidak mahu bermain event. 8 pemain utama dan 3 pemain tua diletakkan di padang anda.

Mengikut kenyataan ML 2.0, anda perlulah mencampuradukkan pemain muda dan veteran untuk pembelajaran yang maksima. Secara teorinya, natural age untuk mixture kita adalah (20 + 21 + 22 + 23 + 24 + 25 + 26 + 27 + 28 + 29 + 30) / 11 = 275 / 11 = 25 yo avg. Oleh itu, sebagai panduan, boleh la kita kira apakah natural age kita.

17yo x 8 pemain = 136

43yo x 3 pemain = 129

Jumlah = 265 / 11 = 24.09yo avg

Jika gain anda masih tidak begitu bagus, anda bolehlah menukar seorang lagi pemain muda dengan pemain veteran untuk mendapat purata umur yang lagi bagus.

 

Bermain Friendlies

Setelah mendapat purata umur yang maxima, tibalah masanya untuk melatih pemain kita. Bermain friendlies seperti biasa. Limitnya, apabila fitness pemain anda mencecah 94/93. Kemudian, direhatkan pada teamstat sebanyak 4 slot Rest, oleh itu pemain anda bakal mendapat 4 + 2 fitness = 6. Tetapi tidak perlu rehat pada individual training. Pada tahap 94, pemain-pemain anda akan mencecah 100 fitness kembali untuk perlawanan liga. Disinilah risiko kehilangan teamstat yang amat besar sekali. Bagaimanapun kehilangan itu telah di-feedback oleh gain yang mencanak-canak macam rebung tepi sungai hasil dari regular training. Malah gain itu boleh dikontrol dan diilatih mengikut kesukaan, bukannya random seperti bermain friendlies.

 

Jika anda tidak yakin anda mampu melatih teamstat ke aras asal dalam masa yang singkat, adalah dinasihatkan supaya anda bermain sehinggan fintess 90 dan restkan pada waktu training seperti biasa.

 

Selain itu, custom cup juga membantu untuk melatih pemain2 kita. Banyakkan bermain custom cup, sebolehnya menang =)

 

Sekian sahaja buat masa ini, jika ada soalan bolehla kemukakan di ruang komen atau dihantar kepada Ranau FC.

Share on Facebook
This blogger owns the team ЯΛ刀ΛЦ Fㄈ. (TEAM:113777)
Post a comment
You must be logged in to post comments.
© 2003-2007 Fifth Season AS, Oslo, Norway. Privacy Policy. Rules and Code of Conduct. Sitemap.
Responsible Editor for ManagerLeague is Christian Lassem.